Khamis, 16 Disember 2010

Menyertai Pertandingan Kompang Berirama karnival Iktiraf Kebangsaan 2010




Kelab Kompang Seri Mekar Kesidang menyertai Pertandingan Kompang Berirama Karnival IKTIRAF Kebangsaan 2010 , pada 10-12 Disember 2010 di UPM dan Putrajaya.
Seramai 15 orang dari ahli kelab telah menyertai program pertandingan Kompang berirama tersebut. Kelab kompang Seri Mekar mewakili Wilayah Jengka., telah mendapat tempat keenam dalam pertandingan tersebut daripada 12 kumpulan yang bertanding...


Sabtu, 30 Oktober 2010

Aktiviti ...

30 Oktober 2010, hari sabtu... Kumpulan Seri Mekar Kesidang Jengka 8 dipecahkan kepada 2 kumpulan , Pn Jamilah dan Cik Suriyana beserta dengan sebahagian ahli telah membuat persembahan di FELDA Jengka 1 dan En Yussri dan En. Raduan beserta sebahagian ahli membuat persembahan di Taman Permatang Syahbandar, Bandar Jengka..


Dari kiri En. Yussri (Bendahari) , Pn. Jamilah (Pengerusi), En.Hadi (Timb.Pengerusi),
Cik Suriyana (Setiausaha) dan En. Raduan (AJK)


Ahad, 13 Jun 2010

JUN .. Bulan Kenduri...

Bermula 8 Jun 2010 - Kumpulan Kompang Seri Mekar Kesidang telah mengiringi pengantin iaitu En. farizol Amini dan isterinya.. yang beralamat di B315 Jengka 8... Tahniah daripada Kelab.

Pada 12 Jun 2010,. telah berlangsung majlis perkahwinan En. Shaiful Anuar b. Abdullah Yasin dan Isterinya di Perumahan Kilang Jengka 8 , kumpulan Kompang Seri Mekar terpaksa berpecah buat 2 Kumpulan.. . Kumpulan A di Bawah Kelolaan Pn. Jamilah bt. Che shafii, manakala Kumpulan B di bawah kelolaan Ustaz Yussri. Kumpulan B berkompang di Desa Jaya 2, Bandar Jengka.

Pada 13 Jun 2010,. Telah berlangsung majlis perkahwinan di Wisma Peneroka Bandar Jengka dan di rumah Arwah Yusof Mamak , kumpulan A dan B bergabung dalam menjayakan majlis tersebut... Alhamdulillah.. (Maaf kepada pembaca blog seri mekar kesidang, pihak kami tiada gambar untuk dipaparkan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.. Segala kesulitan amat dikesali)

Sabtu, 29 Mei 2010

Kenduri lagi.....

Pada Hari sabtu 15 Mei 2010, Kumpulan Kompang Seri Mekar Kesidang telah mengiringi Pengantin yang serba biru merupakan puteri bongsu kepada En Said bin Abdullah .. bernama Zairina bt. Said.. Semoga berbahagia ke akhir hayat., insyaallah... Ikhlas dari Kumpulan Seri Mekar Kesidang Jengka 8.



Ahad, 2 Mei 2010

Kenduri lagi..

Ahad, 02 Mei 2010 .. Pasukan Kompang Seri Mekar Kesidang telah mempersembahkan kompangnya di rumah En. Jusoh b.Mamat , menyambut menantu perempuan..
kali ni juru kamera bercuti.. so, tiadalh gambar nk di pertontonkan..

Jumaat, 2 April 2010

Renungkanlah...

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

www.iluvislam.com
Mohd Zawawi Yusoh
Editor: arisha27


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Sabtu, 27 Mac 2010

Moh berkompang...

20 Mac 2010 (sabtu), berkompang di rumah En. Abd Kader bin Abd Rashid, kerana perkahwinan anak lelakinya.. Seramai 26 orang ahli kelab telah bermain kompang dengan penuh bersungguh2.. baguslah tuu.. semakin berkeyakinan dan memuaskan.. Alhamdulillah.. Tahniah kepada semua ahli...



Isnin, 15 Mac 2010

Berkompang di Rumah Kenduri

13 Mac 2010 (Sabtu), Kumpulan Kompang Seri Mekar telah berkompang di Rumah Encik Othman bin Basir ,Bilal Masjid FELDA Jengka 8, kerana Majlis Perkahwinan anak lelakinya Mohd Nizal b. Othman dengan Arina binti Zamri.. , Beliau merupakan abang kepada salah seorang ahli kumpulan ini iaitu Muhamad Hafiz yang tidak berkompang pada majlis tersebut kerana bertugas sebagai pengapit abangnya...

Rabu, 17 Februari 2010

Kem Sehari Kelab Kompang Seri Mekar Kesidang...

16 Februari 2010 (Selasa), Kelab Kompang Seri Mekar mengadakan Kem sehari bertempat di Pusat Rekreasi Teladas, Maran.. Alhamdulillah terlaksana juga apa yang dirancang oleh AJK kelab.. seramai 40 orang peserta telah menyertai program tersebut.
Antara aturcara :
9.00 pagi - bertolak ke teladas secara berkonvoi.
9.45 pagi - Sampai di teladas terus bersarapan pagi
10.00 pg - pertandingan poco-poco antara kumpulan
11.00 pg - Explorace
01.30 ptg -Mandi , solat zohor
02.00 ptg - Bakar ayam BBQ
03.30 ptg - pertandingan bermain kompang berlagu mengikut kumpulan
makan jamuan BBQ
5.00 ptg - Bertolak pulang ke jengka 8...






















Sebelum bertolak ke Teladas..

Selasa, 16 Februari 2010

Berturutan Hari Berkompang....



15 Februari 2010 (Isnin), Jemputan mengirigi pengantin berdekatan rumah Ustaz Yussri iaitu Pn. Habsah bt Dilu, kerana menyambut menantu.. Latihan sementara menunggu ketibaan pengantin di rumah ustaz yussri... tidak semua ahli dapat bermain kompang kerana kompang tidak mencukupi.., jadi.., bergilir-gilirlah bermain di rumah pn.habsah.. Alhamdulillah...


Pengantin : Hisyamuddin bersama pasangannya...




Berkompang lagi kita.....

14 Februari 2010 (Ahad), mengiringi pengantin di rumah Pn.Maimunah blok P.. Alhamdulillah...
antara lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan kompang seri mekar kesidang : Direnjis-renjis, cari jodoh, selamat bersanding, penutup laman 4...




Sabtu, 13 Februari 2010

Memperagakan Baju Seragam Baru...

Gelagat2 ahli2 kelab kompang seri Mekar Kesidang...

Padan tak????


Uih2!!.. haa macam tulah... si arif & haniz ni... bgus2...



seriusnye.. mereka2 ni..


ha.. ni dia bunga2 seri mekar kesidang.. Afiqah & Mahirah...


Lawa tali pinggang.. syafiq , fadzli & sabqi..

Posted by Picasa