Ahad, 17 Januari 2010

kompang bergema lagi...

17 Januari 2010 (ahad), Majlis perasmian penutup dan penyerahan anak angkat sempena program Mesra Mahasiswa Universiti Malaya bersama masyarakat Felda Jengka 8 , diserikan lagi dengan paluan kompang oleh kumpulan Seri Mekar Kesidang ...Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 15 - 17 januari 2010.. pelajar UM seramai 80 orang.. mereka telah menginap di rumah keluarga angkat masing-masing.. rumah ahli kompang seri mekar kesidang juga terlibat antaranya.. rumah pn. jamilah (pengerusi kompang) , rumah Ustaz Yussri (Bendahari Kompang),rumah haniz, rumah azri dan rumah faizulsham..





Isnin, 4 Januari 2010

TAHUKAH ANDA ......

PENGENALAN KOMPANG

Kompang adalah sejenis alat muzik tradisional dari keluarga membranofon. Ia menyerupai sebuah kuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang.
Baluh bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka. Manakala belulang pula adalah daripada kulit kambing.



Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah:
a. Kompang Hadrah ( Negeri Perak )
b. Kompang Johor / Jawa
c. Kompang Eizhar ( Negeri Selangor )
d. Kompang Kelalang ( Negeri Melaka )

Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur pemain adalah seperti berikut:

Saiz (cm) Umur (tahun)
30 cm 12 tahun dan ke bawah
32.5 cm 13 dan 14
35 cm 15 dan 16
37.5 cm dan 40 cm Orang dewasa




SEJARAH KOMPANG

Kompang dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa pendapat iaitu ;

Pendapat pertama:
Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab.
Pendapat kedua :
Lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab , contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW.

Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini.
Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. (Abdul Latif Ali,1980:12)


PEMBUATAN KOMPANG



FUNGSI KOMPANG

Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;

1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban)

2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar

3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.

4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.

5. Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi

6. Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau kumpulan dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, yayasan kesenian negeri, serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan keaslian permainan muzik tradisional Melayu.


Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.

TEKNIK PERMAINAN

Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’.

Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul.

Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan. Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang.





POSISI PEMAIN KOMPANG

Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah sama ada secara duduk atau berjalan sambil berarak.
Susunan pemain kompang




Rajah 1.7 : Susunan pemain kompangSumber : Tan,Sooi Beng(1997)

Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang. Fungsi paluan ini adalah seperti berikut;

• Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.

• Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.

• Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.

Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;

• Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu

• Pukulan lagu dan

• Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.



PENJAGAAN KOMPANG

Kompang dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya. Sebelum memulakan permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak. Kompang yang basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama.

Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai. Ini untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.


PENALAAN KOMPANG

Penalaan kompang bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan permukaannya dengan menggunakan sedak. Sedak boleh dibuat daripada rotan atau wayar plastik. Sedak ditolak dengan kayu sedak di sekeliling bahagian dalam, di antara baluh dan belulang kompang

Sabtu, 2 Januari 2010

Jom Berkompang....

02 Januari 2009 (sabtu), Kelab Kompang Seri Mekar Kesidang PEBEKIS, telah mengadakan persembahan di rumah Ustaz Abd Hamid kerana Majlis Perkahwinan Anaknya Siti Hajar..
Persembahan yang diadakan ialah kompang mengiring Laman 8, Lagu Direnjis-renjis, Junjungan Mulia, Selamat Pengantin Baru, Selamat Bersanding dan penutup laman 4.. Ustaz Yussri tidak dapat bermain kompang dengan bersungguh, kerana tangannya sakit.Manakala Abd Hadi menghadiri Ceramah lesen di Jerantut.. maka persembahan Kompang di Rumah Ustaz Hamid dijalankan secara sederhana, tapi Alhamdulillah semua pemain menunjukkan potensi yang membanggakan kelab.. Cikgu kami En.Rozmi b. Hussin datang membantu dengan memalu Jidor ,Tapi ALhamdulillah.. syukur semuanya berjalan lancar...










Mesyuarat AJK Kali Pertama

Pada 27 Disember 2009 yang lalu telah diadakan Mesyuarat AJK kali Pertama, yang dipengerusikan oleh Pengerusi Penaja ,Puan jamilah. Selepas itu diadakan Pemilihan AJK Kelab Kompang Seri Mekar Kesidang Persatuan Belia Kesidang Jengka 8 yang dipengerusikan oleh : En. Mohd Jamil b. Mat Daut (Setiausaha PEBEKIS).
AJK yang dilantik akan berkuatkuasa sesi 2010 hingga 2011.
Pengerusi : Puan Jamilah binti Che Shafii
Timbalan Pengerusi : Encik Abdul Hadi b. Arshad
Setiausaha : Cik Suriyana binti Khalid
Penolong Setiausaha : Cik Nor Fadhilah binti Ibrahim
Bendahari : Encik Mohd Yussri bin Mat Yusuf
Penolong Bendahari : Cik Nurul afiqah binti Haris
Ahli jawatankuasa :
Cik Mahirah binti Mohamad
Encik Raduan bin Hassan
Encik Mohd Dzulhamizan bin Mohd Din
Encik Mohd Ariff bin Mohd Nor
Encik Sabqi Suhairizan bin Saidi




Jumaat, 1 Januari 2010

Awal Penubuhan Kelab Kompang Seri Mekar Kesidang





Kumpulan Kompang Seri Mekar Kesidang mula ditubuhkan pada 29 November 2009 , keahlian seramai 40 orang Belia Kesidang . Tenaga pengajar ialah En.Rozmi bin Hussin dari Jengka 10. Pasukan ini telah mengadakan persembahan pertama di Majlis Kenduri Kahwin Puan Azzila Mazita bt Ibrahim.., pada 05 Disember 2009. Manakala persembahan kedua ialah di rumah Mohd Zubir b. Sharipudin pada 26 Disember 2009 , persembahan ketiga ialah di rumah Siti Zubaidah bt Ahmad pada 27 Disember 2009 , dan penutup majlis kahwin cuti akhir tahun ini ialah di rumah Ust Hamid pada 02 Januari 2010...

Salam perkenalan.... Salam 1 Malaysia...

Salam perkenalan...