LAGU

Jangan Lama Lama

Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang banyak memberi harapan
Dengan sepenuh jiwa
Jangan biarkan ia menunggu
Janganlah sampai ia berlalu

Jangan fikir lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang
(2x)

Sesal dan kesal engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Ke mana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi

Kerna tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang
(2x)

Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang terlalu banyak meminta
Tiada menimbang rasa
Jangan dimanja atau dipandang
Walaupun hanya sebelah mata

Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia makin menyiksa
(2x)








CEK MEK MOLEK


Oh! Hoooo! Hoi
Kalau mata dan bertentang mata
Hati didalam bagai nak gila.
Heh!

Pertama kali ku melihat
Wajah si dia
Pertemuan bermula di taman sekebun bunga
Situlah hai mulanya
Berjumpa
Bertentangan mata

Mulai dari saat itu
Hatiku tetanya-tanya
Siapakah geragan si
Cantik jelita
Kelipan hai matanya
Hinggakan aku
Terpesona

Apabila namanya
Ditanya dia masam
Namun begitu
Jelingannya
Aku faham

Senyumlah senyumlah
Ah! Ha!
Cek mek molek

Hai puas juga ak
Bertanyakan
Namanya
Namun begitu dia tetap
Bina tak bina
Aku diam campur geram
Dia senyum lantas
Tanganku di pegang.



KALAU BERPACARAN
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x




DIAM-DIAM JATUH CINTA


Diam-diam.. berpandangan..
Mata bertentang mata..
Malu-malu.. aku malu..
Kau buat begitu..
Jeling-jeling.. kau menjeling
Senyumanmu menggoda..
Lama-lama.. dalam diam
Aku jatuh cinta..

Beginikah rasanya
Sakit asmara..
Siang malam gelisah..
Ingin bersama..

Ku tunggu, ku menanti
Kata cintamu..
Biar senang dihati
Ku disampingmu

Jangan-jangan kau berpura
Sembunyikan hatimu..
Bukan-bukan ku tak tahu
Debar didadamu..

Kita saling sama cinta
Tetapi malu-malu
Diam-diam jadi rindu
Rinduku padamu

Dulu malu tapi mahu
Kini baruku tahu
Diam-diam jatuh cinta
Bersama akhirnya.




JUNJUNGAN MULIA


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia




JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA


Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang banyak memberi harapan
Dengan sepenuh jiwa

Jangan biarkan
Ia menunggu..
Janganlah sampai
Ia berlalu..

Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang

Sesal dan kesal..engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Ke mana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi

Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang

Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang terlalu banyak meminta
Tanpa menimbang rasa

Jangan ditanya
Atau dipandang..
Walaupun hanya
Sebelah mata..

Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia makin menyeksa

Sesal dan kesal..engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Ke mana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi

Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang




SELAMAT PENGANTIN BARU


Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah kukuh
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu



Gadis Dan Bunga


Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu...






SI JANTUNG HATI


Badanku kurus bukannya kurang makan
Mataku merah bukannya kurang tidur
Sedih hatiku kerana sijantung hati
oh.. oh.. sijantung hati

Minggu yang lalu si dia telah kembali
Hati ku rindu padanya setengah mati
Kisah cintaku dengannya sijantung hati
oh.. oh.. sijantung hati

Engkau berjanji hanya aku yang kau nanti
Waktu ku pergi kau suntingkan bunga melati
Tapi kini semuanya hanya mimpi

Aku menyanyi sendiri menghibur hati
Aku tak mahu terluka kedua kali
Penglamanku dengannya sijantung hati
oh.. oh.. sijantung hati




LEMAK MANIS


sopan santun anak melayu
senyum terukir bila disapa
dalam pantun kukirim rindu
rindu mengalir didalam kata

lemak manis (alah amboi-amboi)
santan kelapa (alah amboi-amboi)
kupandanglah manis (alah amboi-amboi)
anak siapa

lemak manis (alah amboi-amboi)
santan kelapa (alah amboi-amboi)
kupandanglah manis (alah amboi-amboi)
anak siapa

pohon sena pohon meranti
ditengah-tengah buluh perindu
adik disana abang disini
ditengah-tengah rindu menderu

lemak manis (alah amboi-amboi)
santan kelapa (alah amboi-amboi)
kupandanglah manis (alah amboi-amboi)
anak siapa

lemak manis (alah amboi-amboi)
santan kelapa (alah amboi-amboi)
kupandanglah manis (alah amboi-amboi)
anak siapa

hujan dihulu tak reda-reda
ributlah turun bertalu-talu
abang dihulu adik dikuala
kuhanyut rindu dalam perahu

lemak manis (alah amboi-amboi)
santan kelapa (alah amboi-amboi)
kupandanglah manis (alah amboi-amboi)
anak siapa

lemak manis (alah amboi-amboi)
santan kelapa (alah amboi-amboi)
kupandanglah manis (alah amboi-amboi)
anak siapa


Kasih Ibu Bapa

Marilah kita sejenak mengingat
Kasih ibu bapa yang tiada terkira
Walaupun dirinya letih dan penat
Namun di wajahnya tetap bergembira

Cubalah bayangkan kasih ibu bapa
Yang mengasuh kita petang dan pagi
Hanyalah dibayangkan banyaklah yang lupa
Setelah dewasa tak terkenang lagi

Wahai orang muda janganlah lupa
Taatlah kepada dua ibu bapa
Tanpa mereka siapalah kita
Redho mereka redho allah jua

Jangan-jangan-jangan anda menjadi
Anak yang derhaka pada ibu bapa
Balasan di dunia dah banyak terjadi
Berbagai derita yang datang menimpa

Bila ibu bapa dah dibawa pergi
Menuju pusara meninggalkan kita
Baginya permata tak berguna lagi
Selain doa dari anak yang bertaqwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan